Sunday, March 22, 2009

Selamat Datang Ke Dengkilville


Blogger
Blogger selamat datang ke dengkilville

tiada superman di sini
suparman ada barangkali
org asal, org asli, org dagang, org datang, org pendatang bercampur baur & gaul dgn baik
di pasar malam terutama sekali
suasana desa, damai & strategik
mungkinkah kekal dinikmati...

di dengkil, malah di mana pun
kitalah superman dengan cara yg tersendiri
(yakni jiwa besar insani, bukan menjiwai fesyen superman.. tak sanggup)

barangkali sedikit beza antara kami dgn villagers yg lain ialah kami bermurah hati menerima memanda2 superman (dan supermaniac) utk bermukim di sini

oh tanahair ku...

AlFateh. March 22, 2009

Friday, March 20, 2009

Keindahan & Penghargaan

keindahan & penghargaan
di perantauan
di hadapan kita
di mana jua indah

rupanya keindahan
yg layak diberi pujian & penghargaan
tiada hanya di sini, di sana, di mana jua

di mana keindahan
penghargaan itulah suatu keindahan

March 17, 2009

Wednesday, March 4, 2009

Raikan Cinta

Raikan Cinta - M.Nasir

Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku

Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua...
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?

Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail

Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi

Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi







Hanyut Dibuai Sifu

Hanyut Dibuai M. Nasir: Konsert Alam Muzik M.Nasir

(petikan Kosmo! 2 Mac 2009)


DIALAH penyair di lembah seribu satu malam. Dalam getar dan goncangan irama yang berlagu, dendangannya menjadi penuh berkuasa, menyerap dan meresap ke segenap penjuru rasa, jiwa dan kalbu sang penghuni yang bertamu menatapinya.

Sunday, March 1, 2009

Ya Sidi Mustaffa

Seberat mana bebanan kau mampu tersenyum
Wajahmu tenang sentiasa nampakkan girang
Mengambil kira luahan setiap insan
Biarpun hidupmu sedang dalam tertekan

Dalam terang, Dalam gelap
Dalam sengsara kau terus juang

Sedihmu tak kau larutkan menjadi tangisan
Tanganmu kau ringankan untuk hulurkan bantuan
Kau coba kabulkan setiap permintaan
Biar habis segala kau sanggup meminjam

Dalam terang, Dalam gelap
Dalam sengsara kau terus juang
Pahit kau telan, Ya! Sidi

Ya! Sidi Mustaffa
Sultan segala fakir
Di mataku kaulah manusia paling istimewa

Ya! Sidi Mustaffa
Pemilik Panji Sakinah
Di mataku kaulah terkaya antara yang terkaya

Tak segan bermandi keringat
Tak takut dihitam mentari
Tak lari walaupun dicabar
Demi sebuah kebenaran
Demi kebenaran

Dalam terang, Dalam gelap
Dalam sengsara kau terus juang
Pahit kau telan, Ya! Sidi